Wednesday, November 17, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Assalamualaikum :)

entry kali nih sekadar nak kongsi ilmu yang aku dapat dan sangat2 bermanfaat untuk kita semua sebagai umat islam.FYI juga entry ini juga mungkin akan memberi kesedaran kepada kita semua walau mungkin tak banyak mana pun dan mungkin juga menjadi petunjuk kepada kita untuk membuat persediaan menghadapi KIAMAT yang hampir tiba.nauzubillah.hati tersentak dan sangat insaf membaca entry berkenaan HARI KIAMAT.meremang bulu roma.kiamat memang sangat2 hampir dengan kita.tapi kebanyakan dari kita juga tidak menyedarinya termasuklah aku.ALLAHUAKBAR.


TANDA - TANDA KIAMAT



Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1. Asap

2. Dajjal

3. Binatang melata di bumi

4. Terbitnya matahari sebelah barat

5. Turunnya Nabi Isa A.S

6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7. Gerhana di timur

8. Gerhana di barat

9. Gerhana di jazirah Arab

10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."





p/s :- terima kasih encek google untuk info ini.

Tuesday, November 16, 2010

HAPPY EID UL ADHA

Assalamualaikum :)


whasssup uolls??ok teman2 ini sebenarnya entry semalam.kenapa entry semalam?usah gusar kerana entry telah siap di taip semalam tetapi saya tertidur kerana eksaited nak raya.hehehe.dan sebenarnya jugak saya telah yakin bahawa saya telah mempublish entry ini dengan jayanya tanpa memeriksa terlebey dahulu.tapi siapa tahu kan kuasa tuhan,saya sebenarnya tertidur tanpa publish terlebih dahulu entry ini.saya baru terperasan akan hal ini sebentar tadi ketika perut saya sedang memulas-mulas kerana banyak makan lembu dan kerbau dan juga ayam yang telah merelakan diri masing2 untuk dikorbankan secara beramai.owhhh perhatian mereka tidak membunuh diri sebenarnya.sekian untuk intro.


raya korban tahun ini mungkin sedikit hambar memandangkan banijr baru sahaja melabuhkan tirainya.ewah2 kau ingat anugerah skrin ke nak melabuhkan tirai bagai?tapi takpe adanya hot fm ianya tetap akan hangat seperti biasa.owh uols esok adalah HARI RAYA KORBAN.kepada kambing2, lembu2 dan kerbau2 sekalian diharap bersabar untuk disembelih esok.eeeeeh belog aku hewan pun baca taw.bajet top laaa an an an??cessss.


okies jum layan pic yang tak seberapa.orang tak mahir buat keje memang la macam pekejadah ko lukis neh.tapi just zasssss layannnnn jer....




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Saturday, November 13, 2010

BANJIR PART 1

Assalamualaikum :)

hellewww uolsss...dah lama xhupdate belog.away for a while sebab banjir ler.ari neh baru sempat nak update.banjir dah surut pon rumah pon dah cuci.tapi barang jer xbawak turun lagik sebab ada ura2 yg there will be second wave nak banjir.adoyai.takpe2 maybe ada hikmah semua neh.

umah tok aku stat naik air masa ari selasa bersamaan 2 nov rasanya and air dah surut masa 7 nov tu.penat giler taw nak bersihkan rumah.lumpur tak yah cakap la tebal nak mampos.dengan kudrat yang ada telah di gunakan sebaik mungkin.hahaha.the best part time banjir neh aku dah merasa laa naik rakit.hahahahah.alaa main depan umah jer.rakit tu cousin aku yang laki tu buat guna papan yang alas katil tu dengan botol2 kosong.tapi gambar nan ado ler sebab tak dok sapo nak amek gampar sebab semua pon sebok nak naik rakit.huhuhuhu

masa banjir tu jugak family aku n tok wan n family makteh stay kat umah pak ngah aku.tapi the worst part is rumah dia pon banjir laa.tapi tak laa terok sampai masok umah.within a day air kat umah dia dah surut.dia main cak cak je tu.heleh.ok laa malas sudah nak bebel jum lyan pic banjir sambil dengar lagu banjir.layannnnn.zasssss. ^_________^



semua letak kereta kat jalan besar depan

pokok depan umah yang akhirnya tenggelam sampai tak nampak apa2 lagik


kalo lalu cni hati-hati sebab itu adalah sungai

keadaan dalam umah tak sampai sejam pon,rasanya dalam 3 jam rumah full with air

pic kat atas semua masa first day.second day air dalam umah dah sampai pinggang kat luar sampai dada.nak snap pic mmg tak sempat laa sebab aku pemalas.huhuhuhu.second day baru weall kuar masa first day tu just hantar tok ngan wan jer.ok itulah cerita banjir saya.sekian.






p/s :- all pic credit to my cousin.

Monday, November 1, 2010

BANJIR

Assalamualaikum and helllllllllooooo :)


owwww emmm geeee BANJIR DATANG LAGI!!!!dush dush dush.after 5 years it comes again.last 5 years kalo kamooo ingat lagik negeri- negeri di sebelah utara telah dilanda banjir yang amat dahsattt.ingat lagi tak??around DEC 2005 i thought.


ujan dah 2 days non stop neh.aktvt lepaking di taman tergendala buat seketika.huhuhuhuhu.FYI jugak sungai kat depan rumah tok aku neh dah sampai tebing dah.confirm lagik sejam dua lagik penoh laa jalan tu dengan air dan manusia2 yang sebok menyelamatkan kenderaan masing2 sambil bergosip.hahahaha.aku kat rumah baru sebok nak kemas barang.


tadi tengok BULETIN UTAMA certain place kat perlis dah tenggelam same as condition dekat area KUBANG PASU and JITRA.dah ada yang kena pindah.aku dekat rumah neh tengah stand by je laaa.STAND BY TENGOK AIR JE BUKANNYA KEMAS BARANG KE APA KE POWN.haish jap gi kalo air tetiba je air sungai mencurah-curah ke ladang gandum habislaaa....
pandai-pandai hg laaaa noh.


acelly aku sangat2 tak suka dengan banjir neh tapi kita mana bole lawan kuasa tuhan ye tak?nak tak nak kena jugak terima dengan hati yang tulus ikhlas sebab DIA nak uji kita dan yang pasti ada rahmat di sebalik semua musibah yang terjadi.ok nanti aku update lagik yer keadaan semasa.



p/s :- aku tak suka banjir sebab aku takot air dalam2 and keruh.buatnya ada buaya ke ulor ke.huish mintak simpang ler....

Sunday, October 31, 2010

ALZHEIMER'S DISEASE

Assalamualaikum and very good morning peeps :)

get up everybody!!!!it almost ten a.m lar.....my day start with cleaning my " tok wan's faeces ". ok please don't do your disgusting face or " euwwwwww ". he is very old, i think he is more than 85 even though in his id card he's only 80.u'olls must wonder why "we" should clean his faeces.FYI he is an ALZHEIMER PATIENTS.his conditions getting worst since last year.here some info about ALZHEIMER'S DISEASE.



Alzheimer's disease (AD) is the most common form of dementia among older people. Dementia is a brain disorder that seriously affects a person's ability to carry out daily activities. AD begins slowly. It first involves the parts of the brain that control thought, memory and language. People with AD may have trouble remembering things that happened recently or names of people they know. Over time, symptoms get worse. People may not recognize family members or have trouble speaking, reading or writing. They may forget how to brush their teeth or comb their hair. Later on, they may become anxious or aggressive, or wander away from home. Eventually, they need total care. This can cause great stress for family members who must care for them. AD usually begins after age 60. The risk goes up as you get older. Your risk is also higher if a family member has had the disease. No treatment can stop the disease. However, some drugs may help keep symptoms from getting worse for a limited time.
NIH: National Institute on Aging




The difference between Alzheimer's and typical age-related changes


Signs of Alzheimer's

Typical age-related changes

Poor judgment and decision making

Making a bad decision once in a while

Inability to manage a budget

Missing a monthly payment

Losing track of the date or the season

Forgetting which day it is and remembering later

Difficulty having a conversation

Sometimes forgetting which word to use

Misplacing things and being unable to retrace steps to find them

Losing things from time to time


p/s :- it's not easy to handle those who suffer with alzheimer.sometimes they will act like baby.they don't recognize their own family member.of course we will stress but we have to handle this situation wisely.

Monday, October 25, 2010

MOOD UNTUK HARI INI....

Assalamualaikum :)


AKU BORINGGGGGGGGGG!!!!cuti salah tak cuti pon salah.haish gamaknya manusia neh memang tak penah laa nak bersyukur kan.sila bertaubat dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan.insaf.


bangun pagi-pagi tadik kejutkan baby ajak pi hantaq ibu pi gheja.pastu balik sambung balik tidoq.busuk punya perangai kan.haish bakal mak mertua sila takes notes supaya nanti senang nak handle saya.muahahahaha.lepas tu bangun tidoq baru bagik mandi baby.tu pon sebab baby dok slap my face again and again.hahahaha.haram j punya kakak.


mood aku for today tak taw laa,macam-macam ada kot.the very important is i want to eat and eat and eat likes there is no more ends of the worlds.teringin nak makan cendol,tapi tak maw laa cendol pulut sat gi pening lalat pulak.nak makan cendol dengan lasagna laaa.sedap kan kan kan kan.ok sat gi nak pi jalan-jalan cari makan laa....sapa nak ikot jom jom tapi belanja la aku yer.hehehehe



nak makan cendol

lasagna roll yang mavelles cheese meleleh meletup-letup dalam mulut

pastu kan aku teringin pulak nak soping rasa gatal-gatal pulak mata aku setelah melihat baju yang menjadi idaman.dan kasut flat idaman kalbu jugak.ok uolls aku lebey suka flat shoes compare to high heels or wedges or seangkatan dengannya.kalo pakai kasut yang flat neh nak jalan lama mana yang korang suka pon boley.kalo overconfident sikit bole laa memecah books world of records berjalan tanpa henti.kaki pon tak sakit kalo pakai flat shoes neh.selesa selesa selesa dan selesa.




baju yang ada cropped puff shoulder...gorgeous beb

nak yang neh sebab PINK kalo MERAH lagik cair.phewww

tengah boring-boring macam neh kalo layan movie ok jugak kalo buat movie marathon aku rasa lebey afdal.muahahahaha.nak pi beli cd jugak laa.nak beli gossip's girls and grey anatomy.cd neh darik last week aku pi usha kat kedai-kedai adalah sudah habis.menci taw!!!orang kata usaha tangga kejayaan jadik apa kata sat lagi aku pi lagi melawat kilang cd tersebut.harap-harap uncle botak tu telah mendapatkan cd tersebut untuk aku.kalo tak......LU PIKIR LAA SENDIRI!!!


bila dah penat balik dari jalan-jalan TERhabiskan duit haris laa memanjakan diri dengan tidur.jangan tak taw uolls semua yer aku neh kaki tidur.muahahahaha.teringin nak ada bilik yang macam neh.pretty please make my wish comes true...





this bed very niceeeeeeeeeeeeeee...i loike <3



p/s :- ok laa daa 1.30pm neh.dah azan pon.nak mandi dulu laaa.ibu cakap tak elok anak dara mandi lambat.apekah????



Friday, October 22, 2010

K.A.M.I BERSUKA RIA TANPA BATASAN PART 1

Assalamualaikum semua :)


" SAYA TENGAH LAPAR NEH ! TRIPLE CHEESE BURGER 1 BOLE ABG MEKDI ? U BELANJA I TAW...." ok cukup nada anda sangat mengada-ngada seperti anda sedang mengada-adakan cerita.apakah???sekarang sebenarnya sedang pokai hidup seperti dilanda badai tsunami.jadik tidak dapat berpoya-poya seperti biasa di mekdi waaima tidak dapat jugak bermain mata dengan abang jual burger yang hensem bangat tuh.ok tipu!!!boooooo.....


intro dimulakan dengan ayat-ayat mengarot kerana tak dak sapa pown nak peduli pon kan kan kan?bagus....semalam K.A.M.I telah membuat kacau bilau di tapak ekspo hari penternak,nelayan dan peladang (xsure btoi kaa yg aku tulis neh sebab lupa nak baca kat banner diorang).akibat daripada kekacauan yg telah dilakukan maka container air telah berjaya dihumban ke dalam tong sampah tanpa sebarang kompromi,lembu yang tidak bersalah pula tiba-tiba rebah ke bumi apabila melihat salah seorang ahli K.A.M.I menyebarkan wabak flying kiss secara berterusan,si kambing pula hampir mati tersedak apabila kambing dipanggil DOG oleh salah seorang ahli K.A.M.I tersebut,hanya si rabbit comel terselamat kerana K.A.M.I amat menyayangi si rabbit yg sangat teruna.apekah???

ahli geng K.A.M.I terdiri daripada aku,efa,baby and makcik.yess kami amat hot!!!!

baby with lembu yg akhirnya jatuh menyembah bumi

baby and efa
neh bukannya dia tengah takut dengan rabbit tapi tengah seksaited,opps eksaited dapat pegang rabbit

baby again...da nak balik time neh tapi sebok nak pi kat kolam tu lagik dia kata nak tengok fish.banyak laa hang punya fish....



tak aci neh pic aku selaku tuan belog langsung tak dok.pe kes neh.makcik pon tak dak.macam mana nak ada kalo baru nak buat peace tiba-tiba si budak kecik tu bedesup lari.penat we all kejar dia taw.uhuhuhuhuhu.



p/s :- kojap-kojap lagik aku sambung lagik kat part 2 ea.nak pi makan sat.lapaq sudah.

Tuesday, October 19, 2010

20102010

Assalamualaikum everyone :)


hari neh i hupdate belog okies.sebab saye rajin taw.muahehehehe.hey ana awat hang punya title berdigit-digit bagai neh?nak kena sekeh ka?okies peeps dont ragu-ragu with my title okies.sebabnya sebabnya sebabnya.....apa punya sebab dey minachi? SEBAB ESOK ADALAH 20102010 LAAAA...apa???




ESOK 20/10/2010



ape?tak paham jugak ke??


TARIKH ESOK ADALAH 20 haribulan 10 tahun 2010





da paham ke?kalo dah paham bagus ler..idak ler saye dok mengulang cakap yg same.penat taw mak.nyah neh pown satu laaa.mak hantar gi tadika masa kecik-kecik dulu tak nak.idak laa kamu jadik sampei macam ni nyah oitttt...



SO WHAT????



ko nak nikah ke esok cik ana oit.tak pown ko nak betunang.tak pown ko nak declare couple sok.ishhh pekehei kamu neh dok tak pown tak pown sampai bebanyak kali bila nak habis menaip kalo gaya macam neh.by the way there is nothing special pown tomorrow gonna be happens.



BUT


tomorrow i have an interview....
never say gud luck to me this time because LUCK never be on my side
just pray for me
i'll do my very best
insyaallah

Monday, October 18, 2010

KALAU LAA DOREMON TU JADIK BOYFRIEND PELIHARAAN SAYA...

Assalamualaikum kekanak ribena semua :)


semalam tak hupdate semalm lagik satu pon tak hupdate.apa kes neh sayang?you dah lupakan i ke?ok ini intro yg agak gedik.i loike laa.muahahahaha.back to the topics.i just wondering if doremon was in reality.best giler waa cakap kat luu.nak jer aku jadikkan dia boyfriend peliharaan aku yang terhormat.200% jaminan akan mendapat full attention and a box full with love from me my dear bb doremon.nak taw tak kenapa?sebab awak boleh bagik apa yg bf lain tak boley bagik,i means your magical pocket.



your magical pocket can brings happiness and magical to my life.SEBAB i nak sangat undo to my past.betolkan apa2 yg patot.banyak taw nak betolkan.then kita p tengok my future life plak.mana-mana tak puas hati atau sakit hati boleh adjust.


then, i ingat i nak pinjam sekejap ur helikopter yang pasang kat atas kepala tu.SEBAB i malas nak pakai kereta,jalan jem taw tak,kalo jalan kaki nanti lambat sampai dah tu kaki i melecet.tak nak laa i macam tu.u tak kesian kat i ke? (mata harus bling2 gedik untuk tagih simpati)


pastu kan i nak jugak laa pinjam mesin yang buat awan tu.SEBAB i nak buat rumah atas awan,tak payah bayar cukai pintu kan.hehehehe.i rasa kalo kita dok atas awan lagik romantik kan sebab nobody will disturb us except aeroplane.so we have to make our own territory.LOVE ZONE.boley bukak love hotel yg macam kat jepun tu.astaghfirullah hal azim.tak nak laa kita nak bukak rumah untuk anak2 terbuang kat atas sana tu.spread them with love biar sampai lemas.


lagik satu i nak laaa pinjam u punyer pintu suka hati.SEBAB i nak p melancong.jimat duit flight and hotel.disebabkan namanya pintu suka hati jadinya suka hati i laa i nak buat apa pown.kalo tetiba termasuk dalam bilik edward cullen boleh jugak bermesra-mesra.ye tak?tetttt.....


kalau laaaa.................haish berangan je kan aku neh.bersyukur saja dengan nikmat kurniaan ALLAH.in life neh we have to learn from mistakes and try to be the very best.there were no one else to change yourself ecept u yourself.





p/s :- entry di atas adalah entry bosan-bosan menyampah nak tido tapi mata takmaw lelap,penggunaan kosa kata dan grammar adalah HANCUSSS! TAPI KAN TETIBA SAYA RASA SAYA NAK HIDUP DI ALAM FANTASI SEBAB SAYA NAK HAPPY-HAPPY AND AT THE END "THEY LIVE HAPPILY EVER AFTER" sweetkan kan kan kan kan?


Friday, October 15, 2010

MENUJU KE AKHIRAT

Assalamualaikum :)

entry neh sekadar renungan kita bersama sebagai umat Islam.kiamat semakin hampir yang pasti tapi cukup sudahkah amalan kita sebagai khalifah di muka bumi neh.jadi marilah kita bersama-sama mengambil iktibar disamping meningkatkan amalan menuju ke akhirat kelak.amin.credit to muka buku.

Barisan pertama :
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan kedua
:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ketiga :
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keempat :
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan kelima :
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan keenam :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ketujuh
:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan kelapan :
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan kesembilan
:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan kesepuluh
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan kesebelas
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan kedua belas
:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya ?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin ?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi ?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik ?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit ?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal ?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wednesday, October 13, 2010

HER BIG DAY

Assalamualaikum :)

ok peeps this is my second entry for today.aku neh short term memory so kena laa type laju-laju entry ni masa otak masih ligat nak membuahkan idea.YES TODAY IS HER BIG DAY.to my dear sister AYUNI.she's 13 years old today.selamat masuk alam remaja.actually she is my cousin but we are very close.masa kecik-kecik dulu and till now kot dia and her siblings selalu dok dengan mak aku.and they call my mom "ibu",sama macam aku juga.masa kecik- kecik dulu juga kami semua panggil dia adik sebab dia laa paling kecik tapi sekarang no more adik adik lagik sebab we have new adik aka DAMIA.sori yer yunie.awak tu da tak bole nak ngada-ngada macam dulu lagik.muahahaha (gelak jahat).

ok laaa...kakak wish u luck n all the best for your exam, jangan malas nak study nanti nyesal asik nak ikot pungkoq aku ja.hahahaha.


AYUNI aka BESDAY GIRL
HAPPY BIRTHDAY MY SISTA

p/s :- kalo hang baca belog aku neh jangan nak mintak any present from aku ea.aku tgh pokai.muahahaha.

MUET!!!!

Assalamualaikum :)


zasssssssss....hooorey i just finish my speaking paper.hoorey!!!patotnya tak bole sgt kot aku nak bergumbira macam neh as 3 more paper will follow next month.tapi tak kira tak kira tetap nak enjoy.my group just tree of us tadi. me,radhi (dip in architecture) and muslina (asasi sains at UITM). guess what?we were the last group to present.ceit.habis 2.15 pm tadi it only takes half an hour tapi dah 3jam kot aku tercongok kat situ.aku apa lagik nerves nak mampus sampai tetiba aku blank and tak taw nak cakap pe.tapi nasib baik everything run smoothly till the end.yang tak boley blah the judges asik senyum sajok kat aku.tak mebawa makna apa apa pon ok sebab dia pompuan and pangkat mak aku gitu.nak ja aku cakap kat dia bagik markah lebih taw kat saya.saya taw madam suka saya kan.hehehehehe.gamba???ala tak sempat nak snap laa.camera dah memang stand by dalam beg tapi lupa plak, maklom aku kan darah gemuruh...cewaaaaah.


p/s :- i met new frenz.owh hati sungguh gembira walopon aku neh dah pangkat kakak kakak dah.huhuhuhuuhu

Monday, October 11, 2010

PERKOSAAN VISUAL

Assalamualaikum :)



gudnite uolls.cepat betol masa neh berlari kan.rasa macam nak berak pown tak dan dah orang kedah kata.muahahahaha,amat pengotor yer saya neh.ok semua nampak tak bawah header saya tu dah ada iklan kan.hahahahaha.syiok gila mak rasa nyah taw dak.apa lagik tolong klik yer bila singgah kat blog saya neh.kita harus saling bantu-membantu.bak kata pepatah yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.tak sia-sia aku belajar bm sungguh-sungguh time spm dulu kan,hehehehe.okies back to the title, hangpa rasa tekejut dak? kalo tak terkejut pown seram-seram sejuk pown jadik laa.tetiba aku rasa tahap ketakutan dengan cermin semakin memuncak pulak.segala hormone dah over discretes neh.


aku nak pesan sikit neh beware dengan public mirror.maksudnya mirror yang kat public area tu.alaaa kan ke banyak toilet awam tu, yang tu laa.kaum hawa terutamanya harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan cermin. aku taw kalo gegurlz dah jumpa cermin macam isi dengan kuku laa waa cakap lu. siap berposing bagai camwhore lagik. aku taw laa peel hampa sebab aku kan pompuan jugak. xkan laki nak buat macam tu kot.ada la jugak laki yang macam tu tapi sikit ja laa kalo nak compare to gegurlz. ye dok?


orang panggil cermin neh cermin 2 arah.sebabnya bila hampa dok bediri depan cermin tu orang yang disebalik or belakang cermin tu boleh nampak hampa tapi hampa tak nampak pown dia.alaa macam kat bilik soal siasat polis tu. sangat dangerous kan cermin dua arah neh.bahaya bahaya!!!!disebabkan benda neh sangat serius dan wajib dipandang serius kita haruslah sentiasa memeriksa cermin.okies abaikan penggunaan kata yang agak melankolik.


cara nak check either that is cermin dua arah or not hampa kena LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku hampa di atas permukaan cermin. kalau ada jarak (gap) antara kuku hampa dan bayangan kuku hampa di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi,kalau kuku hampa terus menyentuh bayangan kuku hampa di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali hampa tengok cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan hampa dari "PERKOSAAN VISUAL" !


p/s :- pakat-pakat laa kita jaga cermin lepas neh noh.

Sunday, October 10, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YANG TELAH DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM DAN SENARAI YANG TELAH DI TARIK BALIK

Tolong sebarkan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


p/s:- renung-renungkan dan selamat menjamu selera. nowadays kita memang wajib kena beware dengan makanan yang kita makan. make sure tempat yang kita pilih untuk makan tu betul-betul diiktirafkan HALAL dari JAKIM. kalo tak nauzubillah min zalik, sebabnya setiap yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita.

Thursday, October 7, 2010

MASHED POTATO

Assalamualaikum :)

patotnya neh entry semalam.tapi hari neh baru nak update.malas der.hahahaa.semalam aku tetibe nak termengidam mashed potato yang ala-ala kepci(kfc) tuh.so berkelenting keletung laa kat dapor tu.neh first time i try buat menjadi taw tak, thanx tu cik googles bagik resepi.hehehe.


MASHED POTATO

Bahan A

3-4 biji kentang
3-4 sb susu segar
garam
blackpepper


Bahan B

600 ml air
bawang besar( i guna separuh je)
blackpapper
2-3 sb butter
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
kicap pekat
5 sb stock ayam
sedikit tepung gandum dilarutkan dalam air

CARA-CARA

Bahan A

rebus ubi kentang sehinga korang rasa nanti bila nak lenyek dia besi lenyek tu takkan patah.i rebus ubi tu dengan garam.bila dah empuk toskan ubi tu and prepare untuk di lenyek sehingga hancur tapi kalo tak hancur jugak guna laa blender tu.then campurkan sedikit susu segar dalam 3-4 sudu besar(sesedap hati anda yer).pastu adds on blackpepper sikit jer taw bersesuaian dengan kuantiti ubi dan sesedap mulut anda.kemudian masukkan sedikit garam (better rasa dulu sebab i x tambah garam pown sebab i dah rebus ubi tu dengan garam,so rasa dia dah ado masin)

Bahan B (gravy)

masukkan 600ml air ke dalam periuk bersama bawang besar yang dah dicincang lumat dan stock ayam.i guna stock ayam brand knorr tu dalam 5 sudu besar.pastu renihkan dalam min.after that toskan sebab kita tak nak amek bawang tu,kemdian masukkan semula air renihan tadi dalam periuk.panaskan semula and masukkan butter, sos tiram,sos tomato, dan kicap pekat(kicap neh masukkan sampai jadik kaler yang korang nak tuh).then masukkan tepung gandum yang dilarutkan dalam air tu,makesure tapis kalo tak dia berketul-ketul.masukkan ikot tahap kepekatan yang korang nak.lastly adds on blackpepeper.jgn banyak sangat sebab kat Bahan A tadi pown dah masukkan,takot pedas pulak.ok dah siap and ready to eat....sonang jer kan


I'M 20 YO

Assalamualiakum peeps :)

Cuba tengok tajok kat atas tu. yer jgn terkejut tak pown buat-buat terkejut. yess i'm now already TWENTY. okies heppy belated birthday to myself. huhuhuhuhuhu. by the way dah lama kot aku tak hupdate blog neh, dah siap bersawang berawan-awangan lagik taw. si tam spider pown dah menjadi penyewa kat blog aku neh. hurm aku away from blogging for some reason and i'm back again. alaaa dulu berblogging pown sekadar hangat-hangat tahi ayam giteuww jer. sekarang as i turn TWENTY, aku nak AKTIF BERBLOGGING!!! haaaa sudah jangan nak gelakkan aku neh azam umur dopoloh tahun taw tak.

ok my birthday party for this year tak lah sehebat tahun lepas. sebabnya tahun neh sambut with my beloved family. just makan-makan among us. kek pown nan ado taw. huhuhuhu tapi xper aku bukannya minat sangat pown kek tu. ibu asik tanyer nak hadiah aper. agaknya dia da lupo ko dia baru bagik aku sebijik mr.viva. haish ibu cukop-cukoplaa manjakan anak mu sorang neh. nanti semakin tepu lemak dibadannya iteww. ok to all yg wish via muka buku yg xsayang kedit tapi lebey sayang aku neh terima kasih sebab uolls still ingat besday aku. i love uolls ketat-ketat la macam neh.
ok i huv some wish list for TWENTY YEARS BIRTHDAY. dan ianya agak tidak logik dan tidak masuk akal.aper??nak tahu jugak??haish mana boley....BIARLAH RAHSIA






p/s : i got letter from _ _ _.yeay amat gumbira.sebenarnya tak tawu nak describe macam mana feeling on that time.tangan agak menggeletar jugak masa nak bukak that letter.pray for me.hopefully i get it and everything run smoothly.aminnn..

Thursday, August 26, 2010

susah hati

Assalamualaikum semua =)

apa habaq?sihat noh?dah lama tak hupdate neh.malas + buzy + a lot of probs.'m getting annoying with some people.very annoying!ok.tak nak annoying2 dah nak start story2 plak.aku dah pindah masuk umah sewa kat shah alam.ari tu pi tengok umah dengan ibu.that rumah seems to be ok kot.better dari umah lama i guess.hopefully insyaallah.two weeks i'm staying at rumah paksu as class still not started yet.nak start pekejadahnya almost two weeks aku ulang alik gi kolej tercongok tunggu result kuar.haremmmmmmm.tak kuar pown.so last friday i drove home.i mean aloq stuck,kedah lew.ejun teman balik.malas nak dok sana lama2.dah la tumpang umah paksu nak balik umah sewa macam sedey sangat bukak posa sorang2 dah la kawan2 semua jauh.taw dak taw dak taw dak hamba sunyi.ok semalam vera kol result da kuar.tp dia tak ley amek.why???????my result had been blocking.and i need to see the program manager.sape tah nama dia.tak ingat der.sebab dah tukar baru.dulu kan miss syikin.haish aku risau giler neh.cuak ko.asal tetiba nak block bagai result aku.takotnya kalo failed lagik.aku nak start degree la.ya allah tolong la hamba mu ini.so ari ahad neh aku akan balik sana.pray for me.hopefully everything will run smoothly.ok laa nak sambung susah hati lagik.chow!!!

Tuesday, August 3, 2010

no title, just rhythm of my soul

Assalamualaikum.......

hurm...this is very terrible semester break.i hope this not gonna happen again.not my type to get into trouble.i hate to get involved in it.my life getting messy here and there.hey stalker enough for keep troubling my life.i said stop it!!!anything might not be happen if you not provoke me....owh...btw there is somthing that still can make my day bright as sunshine.i will meet him...wawawawaw so happy!!!

Friday, July 23, 2010

bulan syaaban

Assalamualaikum semua:)

ari neh nak kongsi sikit ilmu yang aku baru dapat neh.sekarang kita kan dah masuk bulan syaaban.korang taw tak neh yang sekarang dah bulan syaaban.meh sini aku nak story2 sikit kat kome2 semua pasal buan syaaban and fadhilatnya.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Thursday, July 22, 2010

tak tahu la nak letak tajok pe sebab ada 3 sebab i wrote this entry

Assalamualaikum semua:)

hmm ari neh baru nak hupdate belog.nampak tak nampak tak aku dah letak picture kat header tu.alaaa aku taw la tak cantek pown.aku saje je tu nak try letak sebabnya ari tu aku dah try tapi tak fit pulok.syukur alhamdulillah semalam try2 pastu dah boley.insyaallah i will design new header A.S.A.P.lagik satu kan korang perasan tak yang aku dah tukar name belog neh."selipar jepun",aku letak name neh pown becoz i love to wear flip flops aka selipar jepun so much.macam tak lengkap hidup weh kalo tak pakai selipar jepun tu.kalo name yang dulu tu "girl's stuff" aku sebonarnya tak bopa nak bekonan sangat eih.i think "selipar jepun" is much2 more sweet kan korang kan.hehehehe



laptop still tak nak ok.aku pown still malas nak hantar pi kedai.tengoklaa maybe i will send it tomorrow.ibu nak pakai lappie neh dia suruh aku beli yang baru.macam mana ek?memang laa macam best jugak dapat new lappie tapi bila dipikir-pikirkan balik laptop neh banyak weh berjasa kat aku.hurmmmm...ILY so much mr.lappie.

kalo sape2 yang terbaca,terjumpa,terlihat or terlintas dejat highway belog aku neh tolong2 la yer kelik aku punyer nuff tu.alaa dah lalu mesti laa bayar tol kan.ye tak?mestila ya kan.korang lalu tol PLUS tu pown kene bayar tol gak kan.same laa jugak macam korang lalu lintas kat belog aku neh.alaa bukannya banyak pown aku mintak.aku just nak tiap2 kali korang singgah kat sini korang rajin2 laa kelik yer.terima kasih yer untuk uolls2 yang selalu kelik tu.amal jariah anda telah membantu disamping dapat meringankan beban hidup saya.thank you so much uolls.

Sunday, July 18, 2010

HIDUP MASA CUTI

Assalamualaikum semua :)

I'M HOME!!!!!!!!!muahahaha.baru balik one day dah ada ada benda yang mengHAPPYkan hati aku neh tapi sorry i can't tell uolls rite now.i will update later. baru suspen sikit yer tak?hehehehe...aku ngah cutie sem neh.tapi cutie kali neh agak disappointed me lar as uolls know my lappie still rosak apek kat kedai komputer macam taik ayam buat keje.huh geram siot.neh kena buat muka macam pengemis nak mintak susu ibu je neh mintak pinjam lappie makteh jap.thanks makteh sebab bagik orang pinjam jap tapi i used my own berukband hokey.laju sikit, beruk band si "ANI" kezen teruna i neh macam hidup segan mati tak mahu pulok.sadis btoi.ceit...

besh bila dah ada kat umah sendiri boley guling2 dengan BABY jalan2 ngan BABY makan ngan BABY semua la nak buat dengan BABY. tapi kan satu ja nana tak puas ati ngan BABY neh...BABY AMEK PATRICK NANA.mana boley!ishhhh...nanti suruh ibu beli satu lagik tapi nana nak yang baru...muahahahaha(gelak jahat)


neh la patrick yang BABY AMIK tuh

cutie kali neh nak try masak lasagne.ish betoi tak eja macam neh aku tak sure la pulok.watever laa.nanti dah masak and dah jadik kan i will update the picture and also the recipe.kita main masak2 yer adik2 cutie neh.takpe mak tak marah punyer.

walopon tengah hepi berada di kampung halaman tercintaku ini hati aku totap rungsing memikirkan masalah nan satu neh.huhuhuhu.yelar mana laa aku tak hepi kan cuti2 macam neh keje aku makan tido berak.hah kome ulang la aktiviti tak senonoh tu dopoloh pat jam sampai agak2 kome rasa dah jemu tak pown bila dah nak mampus tu baru laa stop.

ok dah laa aku malas sudah nak menaip.
see uolls next time....

Saturday, June 26, 2010

SETELAH SEPURNAMA MENGHILANG

Assalamualaikum semua...


Lama gila neh aku tak hupdaye belog. hampir sepurnama sudah rasanya. ewah2 kau cik ana, awat ayat tetiba guna sepurnama bagai. ceittt. aku tak hilang pi mana2 pown ada ja lagik kat atas planet neh tak pernah pown lagik masuk planet lain atau alam lain. hoi laa mintak simpang malaikat la nak masuk alam lain tu. pahala pown tak cukup lagik asik dok menambah dosa ja. kalo boleh timbang dosa2 tu rasanya mesti dah putus spring penimbang tu kot. ye tak? mesti laa. aku kan normal human being always make mistakes secara sedar separa sedar ataupun tak sedar2 langsung.


aku ngah kat atas katil neh golek2. gedebummm macam nangka busuk jatuh katil. eh tak laa tak jatuh pown. oww lupa lak nak cakap sebab musabab aku dah lama tak menghupdate. macam neh story dia. ari tu aku online dok buat la blogwalking kan, hobi mak tu jangan tak taw! pas tu kan tetiba ja mr.lappie neh stop functioning n gambar screen jadik macam si kuda belang sudah. cuak mak uolls taw tak. pastu mak tunjuk laa kat kzen mak dia cakap kena virus. gelabah mak taw. masa mak mati laki dulu pown tak gelabah macam neh. TIPU!!! aku mana ada laki lagik daa. pas tu mak nak pi hantaq mr.lappie pi ospital asyik bertanggoh ja sampai la ari neh tepat ja jam 2.45pm kurang lebey cam tu mak dah selamat sampai kat tempat doktot tu. cakap laa kat doktot neh mr.lappie ada asthma pastu pandangan dia kabur2 sikit. doktot tu suruh tunggu pulak. mak macam nak terajang ja doktot tu sebab suruh tunggu2. pastu masa nak tunggu mak bukak la mr.lappie nak lap2 badan dia yang tough tu sikit nak urut2 sikit.mak urut la mr.lappie kat butang POWER dengan penuh kasih sayang, pastu tetiba je mr.lappie cakap dia dah okey dah sihat walepatliat. tekejut beruk mak. eeh mak yang terkejut bukan beruk, jangan salah paham pulok ea. pastu sepantas kura kura kelas atasan mak lari mebawa mr.lappie masuk kereta,balik rumah nak celebrete. mak bukan apa, gembira sehingga menjilat jari bila taw mr.lappie sihat2 je. yelar dah almost 3 weeks mak tak boley berblogwalking secara senang lenang. huhuhu... sedey taw. tapi now mak dah tak sedey lagik sebab everything dah back to normal. muahahaha..


pagi tadi uolls taw tak mak drive pi shah alam di bantu co-pilot en.aizul. mission utama pi sana nak carik umah tapi tak dak pulak yang ada pown lepas raya neh. hurm kena carik jalan to solve this probs ASAP. pastu weolls balik singgah JJ jap makan2 and shopping2 sikit. ati mak rasa tak tenteram pulak sebab tak beli kardigan comel kaler peach tadi. takpe2 nanti kita pi lagik nah. sabaq sabaq.ok thats all entry for today.

bye....


p/s :- wawawawawawaw duit dah habis banyak ari neh. problems satu pown tak setel lagik.yes dah berjaya drive sampai shah alam and thanks angah for the car. HELP ME PLEASE!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 30, 2010

amalan dan doa bagi mudah dipertemukan jodoh

Assalamualaikum semua....


aku nak share amalan dan doa untuk dipermudahkan jodoh dan mendapat jodoh soleh solehah sikit hari neh.

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

Memanjatkan doa..

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT

Sekian, terima kasih.

p/s :- insyaallah kalo kita selalu amalkan doa di atas tanpa rasa jemu dan malu untuk memohon kepada allah nescaya allah akan mengurniakan apa yang kita mohon. allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Friday, May 28, 2010

MUHASABAH DIRI SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum semua...

selamat pagi semua. yelar dah pagi pun. sekarang dah pukul 3.41 a.m. aku tak boley nak tido neh. tadi masa tengok citer taiwan dengan angah and aina boley pulak terlelap tapi tengok laa now i can't sleep laa. memang mangkok btoi mata neh. tadi da try nak tido pusing kiri pusing kanan tengok atas konon2 nak kira bintang tapi langit gelap saja tanpa bintang2 bergemerlapan di angkasa. oww aku dalam bilik rupanya. ceit. macam biasa tiap2 malam sebelom tido mesti nak muhasabah diri dulu. yelar flashback balik apa yang aku dah buat sepanjang hari neh then tetiba terflashback apa yang aku dah buat sepanjang hayat aku neh, menjadi ke tak apa yang aku wish nak buat and dapat dari aku kecik till now.

hurm... banyak kot wish yang aku dah terlepas and tak dapat pown nak make it comes true. confirm2 laa aku sedey. menangis air mata darah sekalipon belum tentu aku dapat balik apa yang aku dah terlepas. so let bygones be bygones( betol ke aku tulis neh, tak sure sangat laa). in this two years i think my life is sucks and mess here and there. btol, sunggoh aku tak tipu. aku rasa hidup aku after result SPM kuar very sucks and damn like hell. apa yang aku rancang mesti tak menjadi. apa yang aku janji mesti tak ditepati. kadang2 aku rasa aku dah macam LOSER!!!

kenapa aku sekarang dah tak sama macam aku yang dua tahun lepas. i am a smart girl, bright girl, i can make my own decision and i know what to do with my life. now i think i am damn stupid, i cannot make my own decision, i broke someone heart, i don't know what to do with my life,the bad things is i think that I AM A LOSER. i really don't want to become a LOSER. i have to plan back my life in proper way. yes!! that what i should done right now. i will do it step by step from the beginning. aku tak nak laa rasa bersalah untuk diri sendiri. macam terok sangat je diri sendiri bila tak mampu bagi the best once to myself.


LET BYGONES BE BYGONES AND MOVE FORWARD NEVER TURNS BACK!!!!

CHAIYOK CHAIYOK CHAIYOK!!!

I CAN DO WELL THIS TIME!!!!



*** bila kita rasa sedih dan keseorangan mintalah pada DIA, bila kita ingin memohon sesuatu mohonlah pada DIA dan bila kita rasa memerlukan perlindungan maka berlindung lah di bawah perlindungan-NYA ***


p/s :- sori ayat hari neh agak emotional sebab mood aku pown emo je and no pictures provided in this entry.huuuuhhh.so sad.

Tuesday, May 25, 2010

SAYANG IBU

Assalamualaikum semua....


PERHATIAN semua semut2 jalanan!!!!! dengar neh dengar laa hari neh 25 MAY 1961 adalah hari ibu diberanakkan ke dunia. eeh hari neh dah 25 MAY 2010 laa. ibu dah tua laa dah 49 y/o pown. dah tua rupanya mak aku. eeh ampun ampun. sebenarnya kan aku nak cakap kat korang neh aku lupa nak wish besday mak aku awal2 pagi tadi. gila kejam dapat anak macam neh. tapi korang tak payah laa nak tolong risaukan untuk aku kot kot mak aku kecik hati ke ape ke. sebabnya saiz hati mak aku sama je ngan insan insan normal yang lain. mak aku jenis kool la so dont worry yer kakak abang pakcik makcik semua. aku kol mak aku tadi pukul 1 pm tanpa rasa bersalah hanya sedikit cuak sekiranya mak aku merajok tak nak angkat tepon kemdian mak aku mesej aku mintak hadiah hari jadi sebijik kereta CHERRY yang dia minat tu. hoi itu sudah diluar kewarasan poket jeans aku yang koyak tu kerana aku hanya mampu menghadiahkannya buah cherry yang dipetik di tepi sungai umah tok aku. IBU SAYA BAIK. dia tak minta pown semua tu. tengok tengok baik kan ibu saya. lagikpun saya dah bagik dia GOODNEWS tadi. hehehehehehe.owh korang semua tak rasa ke yang ayat2 diatas seperti sedikt kasar untuk menceritakan saat2 manis wish besday mak aku? ok2 stop here...





HAPPY BIRTHDAY IBU

49 Y/O

KAKAK & DAMIA LOVE YOU SO MUCH

YOU ARE THE BEST IBU IN THE WORLD





p/s: maybe akan ada sedikit kejutan birthday present untuk ibu. watch out!!!

Tuesday, May 18, 2010

MENGHINA ORANG LAIN SEPERTI MENCACI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum semua....


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

*************************************************************************************

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

hokey orang kampung semua jangan terkejut baca entry neh. jangan pulak dok pikiaq aku neh tetiba nak tunjuk alim pulak. no no no that's not me. aku sekadar nak kongsi ilmu yang aku dapat melalui pembacaan aku. kita kan manusia biasa, dah kata manusia biasa so paham paham laa yer anak anak semua yang kita neh tak perfect pown sebab ada kuasa lagik hebat atas sana.

pernah tak pernah tak korang semua includes me too tiba tiba terkutok orang lain secara sengaja ataupun tidak sengaja. holoh holoh holoh sangat laa bohong kalo korang cakap tak pernah. korang tengah dok lepak kat umah senang lenang bersama keluarga tercinta pown mesti tetiba terkeluar pasal cerita keluarga auntie joyah laa anak pak mail kena tangkap polis laa bla..bla..bla..takpe takpe take your time to flash back dosa dosa mengumpat dan mengutok orang lain tu.

satu lagik, bila korang dah ada perasaan benci ngan menyampah dekat sombody tue mesti korang akan cakap benda yang burok burok kat dia tak pown korang panggil dia dengan panggilan yang memalukan. kadang kadang maybe orang yang korang hina tu tak perasan pown yang korang tengah hina dia panggil dia dengan somthing yang burok burok. sepatotnya kita panggil nama dia baik baik sebab tu nama yang parents dia dah bagik and ALLAH dah pown catit nama tu nun di LUH MAHFUZ sana. jadik panggil laa seseorang tu dengan nama dia bukannya dengan panggilan burok seperti macai,baghal, hitam, botak and so on. serius neh aku cakap kalo orang tu tak suka dengan nama yang korang panggil dia otomatik korang dah di kira berdosa. korang nak ke tambah dosa yang dah sedia ada banyak tu.peringatan untuk aku jugak. as a conclusion, wah wah wah ada conclusion lagik mak. memang tak boley blaa. hahahahaha. eeh da melalut. back to the conclusion setiap orang memang dah buat kesilapan so aku yang dah taw benda neh dan korang jugak kita bermuhasabah diri laa yek untuk mengurang kan dosa dan menambahkan pahala. kita hidup kat dunia neh pown dah tak lama mana dah. dunia neh just transit to akhirat je. renung renungkan dan selamat bermuhasabah diri masing masing.



Thursday, May 13, 2010

CRAZY OF ME!!!!apekah?




Assalamualaikum semua...

tengok la tengok la tengok la gambar kat atas. taw tak cantikk pown macam baru mati laki. hakikatnya saya tak de laki aka suami aka boyfie aka yang sewaktu dengannya. AAK ( ade aku kisah ). aku tengah tension neh. huh luar dalam tension. ok saya taw kamoo kamoo tak paham pown. tapi tolong je buat-buat paham. stress neh taw tak. huishhh. benci laaa semua semua.

hokey saya dah habis bebel.bubye uolls.

Tuesday, May 11, 2010

NOSTALGIA LAMA

Assalamualaikum semua...

adoi sakit gilaa wa cakap lue perut gua neh.huhuhuhuh.hokey semua hari neh aku ade mid sem exam yang mcm $#@%^&*!. paham-paham sendiri yer. hari neh paper abg genetik. macam bengong je jawab tadi, chapter yang aku tak suka masok laa punya banyak soklan dia tadi. rasa nak menjerit macam gadis ayu yang dalam kesepitan je tadi tapi nasib baik iman aku masih mampu mengawal nafsu kegeraman.cessss!!!

tadi exam habis dalam pukul 11 and then berlari-lari seperti lindsay lohan dikejar papparazi akibat perut yang amat memulas-mulas seperti memulas tombol pintu.aku dah tak tahan neh tetiba pulak tren one malaysia mai lambat, hohoho marah sungguh aku seperti the incridible hulk. tapi nasib baik ada ustad hensem mampu untuk mententeramkan iman aku. apekah apekah? abaikan saja bila adik bijak nak mengarot.

hoi hoi hoi hoi tolong bosan untuk membaca benda mengarot neh. tadi terbukak muka buku pastu godek- godek la nengok muka buku tue. yelar kita kena gak amek taw hal-hal ehwal luar masa kawan kawan kan.pastu buka kat profile aku terjumpa ini


---------------->


dan ini juga


---------------->



hokey wokey gambar yang first tu gambar masa aku darjah tiga time tengah membesar zaman kanak-kanak ribena riang ria. kelas 3SEMANGAT neh kalo tak salah aku cekgu kelas aku time tu nama dia cekgu azizah abu ajaq bahasa melayu. yelar bahasa melayu laa takkan nak ajaq aku bahasa tamil. dia baik gila taw. aku pulak kalo boleh tiap-tiap kali teacher's day mesti nak bagik hadiah kat dia. alaa aku bagik pen kilometrico yang lapan kupang tu je kot.hahahaha. aku ikhlas taw bagi pen tu.
cuba cari mana satu aku. tapi macam mana nak carik gambaq yang aku dapat neh pown blur semacam je kan. tak dapet laaa eden nak nolong yo.masa darjah tiga neh ingat ingat lupa aku la kan time paling besh. aku ngan budak budak kelas umah dekat dekat jauh ja. pi sekolah pown naik van yang sama. orang panggei van tu "VAN PAK KI". van tu terrible gila wooo. masa dok dalam van tu tengok ja lantai van mesti nampak jalan tar, kadang-kadang pintu van pon tercabut, tak tengok dia punya sit lagik papan weh. hampeh betoi. sakit pungkoq aku. masa balik sekolah time tengah tunggu van mesti main dulu. van tu buat dua trip ada dua kali angkut, aku patotnya balik trip first tapi dok menggedik lagi menggatai nak balik trip last sebab nak main dulu. depan sekolah ada pakcik-pakcik jual buah la ayaq la macam-macam la.macam-macam ada. ais kepal paling sedap kat warung depan sekolah, warung pak abas. tak taw la pak abas idop lagik ka dak. yang pasti ais kepal dia terbaik dari ladang. kalo rojak pulak ada rojak pakcik tu dia naik beskal ja.tak ingat laa nama dia apa tapi dia selalu buat lawak.rojak sengkuang dia sedap gila. aku tengah lapaq neh sebab tue da masuk bab-bab makan.layan.masa time darjah tiga neh pown aku terminat kat sorang mamat neh. alaa classmate aku jugak. minat-minat macam tu ja tapi siap sampai kena sound ngan kakak mamat tu yang setahun dua lebih TUA dari aku. nyampah mak.tension ja.hokey dah la tu.stop here nanti sambung lagik laa. tu pon kalo aku rajin nak buat imbasan memori lalu.doa-doakan la yek sebab gambo nombo dua aku tak story-story lagik.


WASSALAM