Sunday, November 22, 2009

LALAT OH LALAT!!!!!!

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah
korang tahu, cukuplah kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana
kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu
kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku,
dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway,
nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak
tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat
aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak
ngko dengan dia lagi, aku bagi
kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi
sinonim dengan kehidupan
kaliansehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca
Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang
mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di
seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi
dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2
hari, sekolah menengah dalam masa 2
hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah
Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari
sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.
Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada
sekitar kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan
tangannya sambil mulutnya memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku
dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku
bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa
penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,
sekurang-kurangnya aku lebih baik dari
dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor
aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan
maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi
Tuhan ini. Aku sekadar
ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang
dan kamu humban di dalam
tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan
dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih
hina? Aku tak pernah sia-siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil
kawan-kawan aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku
menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan
kalian yang langsung tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong
sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.
Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat
khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku
mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.
(aku pandai membaca ketika usia
aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan
lalat). Isi beritanya
memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,
berita rogol, bunuh,
culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku
terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.
Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan
sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian
lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat
terkena renjatan elektrik
pada
perangkap ultra violet. Berita-berita yang
memualkan itu menyebabkan aku
segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada
selera untuk makan. Kalian
memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian
lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam
tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi
aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian
pening-pening dikatakan sebagai pening-pening
aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni
bangkai? Sedangkan tahi aku dan
kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi
maklumat penting kepada
Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang
dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, ngko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti
burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah
Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku
cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari
kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin
kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku
mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan
berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya
dengan motosikal-motosikal
dan
kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,
aku masih dipandang hina dan
bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi
semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.
Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar
sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah
tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan
menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku
menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang
sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya
dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar
pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah
Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat
sebuah catatan tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca
cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura
berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya
membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita
tentang entah apa-apa..' bisik hati
kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih
lagi membaca catatan tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang
ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air
Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke
100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga
100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya
fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh
dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencari
kot-kot ada lalat...)

SURAT CINTA

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

DILEMA ANAK TUNGGAL,,,,OPSSSS

hye all,,,,

hmm ari neh baru nak bukak balik blog,,,sory yarh my dearest blog,i have some work to do and quiet busy,,,hehehe,,busy dengan aper jgn tanyer yer coz i pown xtaw,,,ngeh3siul

pe ea nak tulis utk entry kali neh???emmmm,,,,ibu...i miss u a lot,,,damia,,,miss u too bb,,tadi ibu kol lgk,,,ibu kat MEKAH sekarang neh,,,utk pengetahuan umum this is the first time kena "BERPISAH" dengan ibu,,,43 hari yer kwn2,,,,huhuhuhuhuhu....selalunya ibu pi kursus or meeting dekat2 jer still dlm MALAYSIA so xlar rasa kehilangan sangat,,,,tiap2 kali ibu kol mula lar aku nak berdrama,,,heheheh,,,ayaq mata neh pulak otomatik ja tiap2 kali ibu kol mesti nak jatuh,,,,mana nya x sedey ibu sorang2 jer kt sana kt tempat orang pulak 2,,,,tular ari tue ibu da offer nak ikot x dia p MEKAH mulut neh gatai lar pulak kata "TAK MAU", "TAK SAMPAI SERU LAGIK LA" , "NK BGK ABIS BELAJAQ DULU LAR"...see spa yg rugi last2????pastu lagik nk rindu2 nk risau2gigitjari....ini dilema seorang anak tunggal yer,,,,opsss i still have DAMIA lar...lpe plak,,,sori b kakak luper,,,ngeh3sengihnampakgigisengihnampakgigi

jap ea nk g tgk tb jap....blur

Wednesday, November 18, 2009

10 TIPS ELAKKAN PERGADUHAN

Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!

Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”";})();ButtonMouseDown(this);'>";})();ButtonMouseDown(this);'>Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.";})();ButtonMouseDown(this);'>senyumkenyit";})();ButtonMouseDown(this);'>

Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.takbole

Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!bising

Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”rosrosros
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.


p/s :- renung2kn dan selamat beramal

celebratecelebratecelebrate

IBU + BABY DAMIA


I LOVE BOTH OF U!!!!

I MISS BOTH OF U!!!!


lovelovelovelovelovelovelove

Tuesday, November 17, 2009

WHAT SHOULD I DO?????

Morning all,,,,,

Hmmmmm....mcm mn neh???what should i do??pening2 bila dok pikir2 mslh yg satu neh,,,sshnya nak buat keputasan,,,ssh laa bila dah dewasa neh,semua benda kena buat sendiri,kena selesaikan sendiri,,opsssss....but betul lar kn,,cuba flashback balik masa zaman kita kecik2 dulu ader ke kita kena solve problem or pikirkn masalah dunia???xdekn,makan and tido je,org nk mrh pown xbley sebab rasa kesian,miss that moment very much,,,otak pown xjdk gelong sampai muka mcm cekodok basi ,,,,hmm i skip my class again,,,lab chemistry yarh sebabnya bangun lambat,,,,alarm xbunyi sebab bateri handphone da K.O...maklong da kejutkn tp xdengar,,,opssss sori yarh sebab bila da tidur 2 mmg tidur mati...hehehehe,,,pe lar nk jdk,,, "FARZANA plz change your attitude yarh!!! "

gilegilegilegilegilegilegilegilegile

NEW BLOGGER

Hye all,,,,

Test2,,,,ok,,,done..i'm new here,,sj lalu nk test dulu ok ke x,,,thanks along for helping me,,ngeh,,,