Sunday, May 30, 2010

amalan dan doa bagi mudah dipertemukan jodoh

Assalamualaikum semua....


aku nak share amalan dan doa untuk dipermudahkan jodoh dan mendapat jodoh soleh solehah sikit hari neh.

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

Memanjatkan doa..

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT

Sekian, terima kasih.

p/s :- insyaallah kalo kita selalu amalkan doa di atas tanpa rasa jemu dan malu untuk memohon kepada allah nescaya allah akan mengurniakan apa yang kita mohon. allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Friday, May 28, 2010

MUHASABAH DIRI SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum semua...

selamat pagi semua. yelar dah pagi pun. sekarang dah pukul 3.41 a.m. aku tak boley nak tido neh. tadi masa tengok citer taiwan dengan angah and aina boley pulak terlelap tapi tengok laa now i can't sleep laa. memang mangkok btoi mata neh. tadi da try nak tido pusing kiri pusing kanan tengok atas konon2 nak kira bintang tapi langit gelap saja tanpa bintang2 bergemerlapan di angkasa. oww aku dalam bilik rupanya. ceit. macam biasa tiap2 malam sebelom tido mesti nak muhasabah diri dulu. yelar flashback balik apa yang aku dah buat sepanjang hari neh then tetiba terflashback apa yang aku dah buat sepanjang hayat aku neh, menjadi ke tak apa yang aku wish nak buat and dapat dari aku kecik till now.

hurm... banyak kot wish yang aku dah terlepas and tak dapat pown nak make it comes true. confirm2 laa aku sedey. menangis air mata darah sekalipon belum tentu aku dapat balik apa yang aku dah terlepas. so let bygones be bygones( betol ke aku tulis neh, tak sure sangat laa). in this two years i think my life is sucks and mess here and there. btol, sunggoh aku tak tipu. aku rasa hidup aku after result SPM kuar very sucks and damn like hell. apa yang aku rancang mesti tak menjadi. apa yang aku janji mesti tak ditepati. kadang2 aku rasa aku dah macam LOSER!!!

kenapa aku sekarang dah tak sama macam aku yang dua tahun lepas. i am a smart girl, bright girl, i can make my own decision and i know what to do with my life. now i think i am damn stupid, i cannot make my own decision, i broke someone heart, i don't know what to do with my life,the bad things is i think that I AM A LOSER. i really don't want to become a LOSER. i have to plan back my life in proper way. yes!! that what i should done right now. i will do it step by step from the beginning. aku tak nak laa rasa bersalah untuk diri sendiri. macam terok sangat je diri sendiri bila tak mampu bagi the best once to myself.


LET BYGONES BE BYGONES AND MOVE FORWARD NEVER TURNS BACK!!!!

CHAIYOK CHAIYOK CHAIYOK!!!

I CAN DO WELL THIS TIME!!!!



*** bila kita rasa sedih dan keseorangan mintalah pada DIA, bila kita ingin memohon sesuatu mohonlah pada DIA dan bila kita rasa memerlukan perlindungan maka berlindung lah di bawah perlindungan-NYA ***


p/s :- sori ayat hari neh agak emotional sebab mood aku pown emo je and no pictures provided in this entry.huuuuhhh.so sad.

Tuesday, May 25, 2010

SAYANG IBU

Assalamualaikum semua....


PERHATIAN semua semut2 jalanan!!!!! dengar neh dengar laa hari neh 25 MAY 1961 adalah hari ibu diberanakkan ke dunia. eeh hari neh dah 25 MAY 2010 laa. ibu dah tua laa dah 49 y/o pown. dah tua rupanya mak aku. eeh ampun ampun. sebenarnya kan aku nak cakap kat korang neh aku lupa nak wish besday mak aku awal2 pagi tadi. gila kejam dapat anak macam neh. tapi korang tak payah laa nak tolong risaukan untuk aku kot kot mak aku kecik hati ke ape ke. sebabnya saiz hati mak aku sama je ngan insan insan normal yang lain. mak aku jenis kool la so dont worry yer kakak abang pakcik makcik semua. aku kol mak aku tadi pukul 1 pm tanpa rasa bersalah hanya sedikit cuak sekiranya mak aku merajok tak nak angkat tepon kemdian mak aku mesej aku mintak hadiah hari jadi sebijik kereta CHERRY yang dia minat tu. hoi itu sudah diluar kewarasan poket jeans aku yang koyak tu kerana aku hanya mampu menghadiahkannya buah cherry yang dipetik di tepi sungai umah tok aku. IBU SAYA BAIK. dia tak minta pown semua tu. tengok tengok baik kan ibu saya. lagikpun saya dah bagik dia GOODNEWS tadi. hehehehehehe.owh korang semua tak rasa ke yang ayat2 diatas seperti sedikt kasar untuk menceritakan saat2 manis wish besday mak aku? ok2 stop here...





HAPPY BIRTHDAY IBU

49 Y/O

KAKAK & DAMIA LOVE YOU SO MUCH

YOU ARE THE BEST IBU IN THE WORLD





p/s: maybe akan ada sedikit kejutan birthday present untuk ibu. watch out!!!

Tuesday, May 18, 2010

MENGHINA ORANG LAIN SEPERTI MENCACI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum semua....


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

*************************************************************************************

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

hokey orang kampung semua jangan terkejut baca entry neh. jangan pulak dok pikiaq aku neh tetiba nak tunjuk alim pulak. no no no that's not me. aku sekadar nak kongsi ilmu yang aku dapat melalui pembacaan aku. kita kan manusia biasa, dah kata manusia biasa so paham paham laa yer anak anak semua yang kita neh tak perfect pown sebab ada kuasa lagik hebat atas sana.

pernah tak pernah tak korang semua includes me too tiba tiba terkutok orang lain secara sengaja ataupun tidak sengaja. holoh holoh holoh sangat laa bohong kalo korang cakap tak pernah. korang tengah dok lepak kat umah senang lenang bersama keluarga tercinta pown mesti tetiba terkeluar pasal cerita keluarga auntie joyah laa anak pak mail kena tangkap polis laa bla..bla..bla..takpe takpe take your time to flash back dosa dosa mengumpat dan mengutok orang lain tu.

satu lagik, bila korang dah ada perasaan benci ngan menyampah dekat sombody tue mesti korang akan cakap benda yang burok burok kat dia tak pown korang panggil dia dengan panggilan yang memalukan. kadang kadang maybe orang yang korang hina tu tak perasan pown yang korang tengah hina dia panggil dia dengan somthing yang burok burok. sepatotnya kita panggil nama dia baik baik sebab tu nama yang parents dia dah bagik and ALLAH dah pown catit nama tu nun di LUH MAHFUZ sana. jadik panggil laa seseorang tu dengan nama dia bukannya dengan panggilan burok seperti macai,baghal, hitam, botak and so on. serius neh aku cakap kalo orang tu tak suka dengan nama yang korang panggil dia otomatik korang dah di kira berdosa. korang nak ke tambah dosa yang dah sedia ada banyak tu.peringatan untuk aku jugak. as a conclusion, wah wah wah ada conclusion lagik mak. memang tak boley blaa. hahahahaha. eeh da melalut. back to the conclusion setiap orang memang dah buat kesilapan so aku yang dah taw benda neh dan korang jugak kita bermuhasabah diri laa yek untuk mengurang kan dosa dan menambahkan pahala. kita hidup kat dunia neh pown dah tak lama mana dah. dunia neh just transit to akhirat je. renung renungkan dan selamat bermuhasabah diri masing masing.



Thursday, May 13, 2010

CRAZY OF ME!!!!apekah?




Assalamualaikum semua...

tengok la tengok la tengok la gambar kat atas. taw tak cantikk pown macam baru mati laki. hakikatnya saya tak de laki aka suami aka boyfie aka yang sewaktu dengannya. AAK ( ade aku kisah ). aku tengah tension neh. huh luar dalam tension. ok saya taw kamoo kamoo tak paham pown. tapi tolong je buat-buat paham. stress neh taw tak. huishhh. benci laaa semua semua.

hokey saya dah habis bebel.bubye uolls.

Tuesday, May 11, 2010

NOSTALGIA LAMA

Assalamualaikum semua...

adoi sakit gilaa wa cakap lue perut gua neh.huhuhuhuh.hokey semua hari neh aku ade mid sem exam yang mcm $#@%^&*!. paham-paham sendiri yer. hari neh paper abg genetik. macam bengong je jawab tadi, chapter yang aku tak suka masok laa punya banyak soklan dia tadi. rasa nak menjerit macam gadis ayu yang dalam kesepitan je tadi tapi nasib baik iman aku masih mampu mengawal nafsu kegeraman.cessss!!!

tadi exam habis dalam pukul 11 and then berlari-lari seperti lindsay lohan dikejar papparazi akibat perut yang amat memulas-mulas seperti memulas tombol pintu.aku dah tak tahan neh tetiba pulak tren one malaysia mai lambat, hohoho marah sungguh aku seperti the incridible hulk. tapi nasib baik ada ustad hensem mampu untuk mententeramkan iman aku. apekah apekah? abaikan saja bila adik bijak nak mengarot.

hoi hoi hoi hoi tolong bosan untuk membaca benda mengarot neh. tadi terbukak muka buku pastu godek- godek la nengok muka buku tue. yelar kita kena gak amek taw hal-hal ehwal luar masa kawan kawan kan.pastu buka kat profile aku terjumpa ini


---------------->


dan ini juga


---------------->



hokey wokey gambar yang first tu gambar masa aku darjah tiga time tengah membesar zaman kanak-kanak ribena riang ria. kelas 3SEMANGAT neh kalo tak salah aku cekgu kelas aku time tu nama dia cekgu azizah abu ajaq bahasa melayu. yelar bahasa melayu laa takkan nak ajaq aku bahasa tamil. dia baik gila taw. aku pulak kalo boleh tiap-tiap kali teacher's day mesti nak bagik hadiah kat dia. alaa aku bagik pen kilometrico yang lapan kupang tu je kot.hahahaha. aku ikhlas taw bagi pen tu.
cuba cari mana satu aku. tapi macam mana nak carik gambaq yang aku dapat neh pown blur semacam je kan. tak dapet laaa eden nak nolong yo.masa darjah tiga neh ingat ingat lupa aku la kan time paling besh. aku ngan budak budak kelas umah dekat dekat jauh ja. pi sekolah pown naik van yang sama. orang panggei van tu "VAN PAK KI". van tu terrible gila wooo. masa dok dalam van tu tengok ja lantai van mesti nampak jalan tar, kadang-kadang pintu van pon tercabut, tak tengok dia punya sit lagik papan weh. hampeh betoi. sakit pungkoq aku. masa balik sekolah time tengah tunggu van mesti main dulu. van tu buat dua trip ada dua kali angkut, aku patotnya balik trip first tapi dok menggedik lagi menggatai nak balik trip last sebab nak main dulu. depan sekolah ada pakcik-pakcik jual buah la ayaq la macam-macam la.macam-macam ada. ais kepal paling sedap kat warung depan sekolah, warung pak abas. tak taw la pak abas idop lagik ka dak. yang pasti ais kepal dia terbaik dari ladang. kalo rojak pulak ada rojak pakcik tu dia naik beskal ja.tak ingat laa nama dia apa tapi dia selalu buat lawak.rojak sengkuang dia sedap gila. aku tengah lapaq neh sebab tue da masuk bab-bab makan.layan.masa time darjah tiga neh pown aku terminat kat sorang mamat neh. alaa classmate aku jugak. minat-minat macam tu ja tapi siap sampai kena sound ngan kakak mamat tu yang setahun dua lebih TUA dari aku. nyampah mak.tension ja.hokey dah la tu.stop here nanti sambung lagik laa. tu pon kalo aku rajin nak buat imbasan memori lalu.doa-doakan la yek sebab gambo nombo dua aku tak story-story lagik.


WASSALAM

Sunday, May 9, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualikum semua..

tak mau nak beleter panjang panjang kontot lagik sebab dah ketandusan ayat tapi bukan kasih sayang hokey. tengok tengok tajuk nun atas sano tuh haa baca dengan sekali napas sambil pejam mata bayangkan ibu, flashback balik jasa jasa beliau kat anak anak dia yang macam hampagas neh. saya anak yang baik yer walopon saya selalu buat ibu risau. hokey sudah sudah laa tue mata dah tak boley dah neh nak tampung ayaq ujan. nanti banjir pulok bilik neh.sob sob sob...

pagi pagi tadi lagik dah kol ibu nak wish HAPPY MOTHER'S DAY. semalam lupa nak wish sebab tido awal. hegeh betol anak neh. ibu dah terkejut pepagi kol dia.selalunya kalo exam je pepagi buta kol.hampagas punyer anak. ish...tiap tiap tahun pun benda sama wish ja sebab saya tak mampu nak bagik dari segi material jadi saya bagik wish and kasih sayang pown dah orait kan.lagikpun saya kenal ibu saya bukannya seorang ibu yang pentingkan material sangat pown kadang kadang je laa.hehehe.. janji saya tak lupakan orang yang dah penat penat bawak saya 9 bulan 14 hari tanpa fedup dan jemu dan sangggup share makan minum and baju baju beliau dan bagik tempat penginapan yang selesa kepada saya dalam tempoh tersebut.terima kasih sangat-sangat.





HAPPY MOTHER'S DAY IBU
KAKAK & DAMIA LOVE YOU SO MUCH
THANKS FOR BEING WITH US AND BE OUR IBU


Friday, May 7, 2010

NIKMAT TAK GOSOK GIGI

Assalamualaikum semua...

morning. aku bangun awal hari neh sama macam hari2 lain. bangun bangun tido pastu bangun balik pastu tido balik. hari neh breakfast awal jugak makan aiskrim MAT KOOL without washing face and brush my teeth. uwex...hoi jangan nak muntah kat sini. hokey, sedap taw kalo sekali sekala makan x gosok gigi. tapi yang hakikatnya aku selalu je kot bangun pagi pagi terus capai menda makan terus ngap. menikmati makanan tersebut macam dah tak penah jumpo makanan bepoloh ribu tahon. ayaq liuq basi tok sah cakap laa, kalo guna satellite NASA kompom korang boley tgk dengan jelas tak yah la nak susah2 amek mikroskop ke teleskop ke stetoskop ke.






p/s: klik utk besorkan


wey2 jap la aku tak habis bebel lagik neh.hishhh...dada ajak pi kolej arineh nak study. malas benou pulok nak pi..da, sori aku tak pegi ari neh aku study kat umah je ea..aku sayang ko..mmuah2.ok dah habis. semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing2.

Wednesday, May 5, 2010

DIA MAI DAH!!!

Assalamualaikum semua..


hokey agak lama aku xberblog as usual just blogwalking.woi tajok nak gelabah ja. sapa yang nak mai tue. hencek abang MID SEM yang hensem lagik macho la sapo lagik ngeee... nowadays aku a little bit busy with buku-buku yang x la tebal mana pown tapi yang pasti tebal lagik muka buku tapi masih sempat meluangkan masa berdating berdua-duaan bersama hencek MID VALLEY. hey apa ko mengarot neh..owh sori kanak-kanak saya sedikit pening2 kura2 kerana MID SEM EXAM hampir menjelang tiba. TETAPI perlu ditegaskan di sini ye saya amat malas untuk study. apa yang saya mampu buat tiap-tiap malam sebelum tido kumpul buku banyak2 and then letak laa buku-buku itu berhampiran tempat yang anda akan tido yakni katil aku( haipp bukan katil aku pown katil pinjam je atas ikhsan aku menumpang tido di bilik AINA SYAHIRAH..tocei2..)tempat utama korang patot letak mestilah bawah bantal. yang selebihnya tu korang buat2 la pelok ke hape ke.x kisah la janji bahagia. mengikut kajian buku yang diletak di bawah bantal ilmunya 100% lebih cepat diserap masuk ke dalam otak yakni ketika kita berhibernasi. jadi pasti kan anda mengamalkan petua ini selalu. kalo nak cepat lagik paham apa yang aku study walopon hakikatnya aku xstudy, mak aku cakap hang rebus la buku 2 kemdian hang minum ayaq dia buat macam minum coke float yang cayaq...zasss sedap wooo( kata kuat2 dengan sepenuh perasaan).ok dua benda tu ja yang aku mampu buat setakat neh. nanti aku hupdate lagik kalo terjumpa formula baru untuk mengurangkan waktu study tapi boley pandai sampai tujoh keturunan.






aku xtaw apa motip aku letak pic neh. jadi tolong tengok dengan diam saja.



p/s :-------------------aku malu la bila jadik okb...tekejut nyah bila duit2 ketul2
dopan mato golap ati den tibo2...hoish bohayo songgoh..