Sunday, October 31, 2010

ALZHEIMER'S DISEASE

Assalamualaikum and very good morning peeps :)

get up everybody!!!!it almost ten a.m lar.....my day start with cleaning my " tok wan's faeces ". ok please don't do your disgusting face or " euwwwwww ". he is very old, i think he is more than 85 even though in his id card he's only 80.u'olls must wonder why "we" should clean his faeces.FYI he is an ALZHEIMER PATIENTS.his conditions getting worst since last year.here some info about ALZHEIMER'S DISEASE.



Alzheimer's disease (AD) is the most common form of dementia among older people. Dementia is a brain disorder that seriously affects a person's ability to carry out daily activities. AD begins slowly. It first involves the parts of the brain that control thought, memory and language. People with AD may have trouble remembering things that happened recently or names of people they know. Over time, symptoms get worse. People may not recognize family members or have trouble speaking, reading or writing. They may forget how to brush their teeth or comb their hair. Later on, they may become anxious or aggressive, or wander away from home. Eventually, they need total care. This can cause great stress for family members who must care for them. AD usually begins after age 60. The risk goes up as you get older. Your risk is also higher if a family member has had the disease. No treatment can stop the disease. However, some drugs may help keep symptoms from getting worse for a limited time.
NIH: National Institute on Aging




The difference between Alzheimer's and typical age-related changes


Signs of Alzheimer's

Typical age-related changes

Poor judgment and decision making

Making a bad decision once in a while

Inability to manage a budget

Missing a monthly payment

Losing track of the date or the season

Forgetting which day it is and remembering later

Difficulty having a conversation

Sometimes forgetting which word to use

Misplacing things and being unable to retrace steps to find them

Losing things from time to time


p/s :- it's not easy to handle those who suffer with alzheimer.sometimes they will act like baby.they don't recognize their own family member.of course we will stress but we have to handle this situation wisely.

Monday, October 25, 2010

MOOD UNTUK HARI INI....

Assalamualaikum :)


AKU BORINGGGGGGGGGG!!!!cuti salah tak cuti pon salah.haish gamaknya manusia neh memang tak penah laa nak bersyukur kan.sila bertaubat dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan.insaf.


bangun pagi-pagi tadik kejutkan baby ajak pi hantaq ibu pi gheja.pastu balik sambung balik tidoq.busuk punya perangai kan.haish bakal mak mertua sila takes notes supaya nanti senang nak handle saya.muahahahaha.lepas tu bangun tidoq baru bagik mandi baby.tu pon sebab baby dok slap my face again and again.hahahaha.haram j punya kakak.


mood aku for today tak taw laa,macam-macam ada kot.the very important is i want to eat and eat and eat likes there is no more ends of the worlds.teringin nak makan cendol,tapi tak maw laa cendol pulut sat gi pening lalat pulak.nak makan cendol dengan lasagna laaa.sedap kan kan kan kan.ok sat gi nak pi jalan-jalan cari makan laa....sapa nak ikot jom jom tapi belanja la aku yer.hehehehe



nak makan cendol

lasagna roll yang mavelles cheese meleleh meletup-letup dalam mulut

pastu kan aku teringin pulak nak soping rasa gatal-gatal pulak mata aku setelah melihat baju yang menjadi idaman.dan kasut flat idaman kalbu jugak.ok uolls aku lebey suka flat shoes compare to high heels or wedges or seangkatan dengannya.kalo pakai kasut yang flat neh nak jalan lama mana yang korang suka pon boley.kalo overconfident sikit bole laa memecah books world of records berjalan tanpa henti.kaki pon tak sakit kalo pakai flat shoes neh.selesa selesa selesa dan selesa.




baju yang ada cropped puff shoulder...gorgeous beb

nak yang neh sebab PINK kalo MERAH lagik cair.phewww

tengah boring-boring macam neh kalo layan movie ok jugak kalo buat movie marathon aku rasa lebey afdal.muahahahaha.nak pi beli cd jugak laa.nak beli gossip's girls and grey anatomy.cd neh darik last week aku pi usha kat kedai-kedai adalah sudah habis.menci taw!!!orang kata usaha tangga kejayaan jadik apa kata sat lagi aku pi lagi melawat kilang cd tersebut.harap-harap uncle botak tu telah mendapatkan cd tersebut untuk aku.kalo tak......LU PIKIR LAA SENDIRI!!!


bila dah penat balik dari jalan-jalan TERhabiskan duit haris laa memanjakan diri dengan tidur.jangan tak taw uolls semua yer aku neh kaki tidur.muahahahaha.teringin nak ada bilik yang macam neh.pretty please make my wish comes true...





this bed very niceeeeeeeeeeeeeee...i loike <3



p/s :- ok laa daa 1.30pm neh.dah azan pon.nak mandi dulu laaa.ibu cakap tak elok anak dara mandi lambat.apekah????



Friday, October 22, 2010

K.A.M.I BERSUKA RIA TANPA BATASAN PART 1

Assalamualaikum semua :)


" SAYA TENGAH LAPAR NEH ! TRIPLE CHEESE BURGER 1 BOLE ABG MEKDI ? U BELANJA I TAW...." ok cukup nada anda sangat mengada-ngada seperti anda sedang mengada-adakan cerita.apakah???sekarang sebenarnya sedang pokai hidup seperti dilanda badai tsunami.jadik tidak dapat berpoya-poya seperti biasa di mekdi waaima tidak dapat jugak bermain mata dengan abang jual burger yang hensem bangat tuh.ok tipu!!!boooooo.....


intro dimulakan dengan ayat-ayat mengarot kerana tak dak sapa pown nak peduli pon kan kan kan?bagus....semalam K.A.M.I telah membuat kacau bilau di tapak ekspo hari penternak,nelayan dan peladang (xsure btoi kaa yg aku tulis neh sebab lupa nak baca kat banner diorang).akibat daripada kekacauan yg telah dilakukan maka container air telah berjaya dihumban ke dalam tong sampah tanpa sebarang kompromi,lembu yang tidak bersalah pula tiba-tiba rebah ke bumi apabila melihat salah seorang ahli K.A.M.I menyebarkan wabak flying kiss secara berterusan,si kambing pula hampir mati tersedak apabila kambing dipanggil DOG oleh salah seorang ahli K.A.M.I tersebut,hanya si rabbit comel terselamat kerana K.A.M.I amat menyayangi si rabbit yg sangat teruna.apekah???

ahli geng K.A.M.I terdiri daripada aku,efa,baby and makcik.yess kami amat hot!!!!

baby with lembu yg akhirnya jatuh menyembah bumi

baby and efa
neh bukannya dia tengah takut dengan rabbit tapi tengah seksaited,opps eksaited dapat pegang rabbit

baby again...da nak balik time neh tapi sebok nak pi kat kolam tu lagik dia kata nak tengok fish.banyak laa hang punya fish....



tak aci neh pic aku selaku tuan belog langsung tak dok.pe kes neh.makcik pon tak dak.macam mana nak ada kalo baru nak buat peace tiba-tiba si budak kecik tu bedesup lari.penat we all kejar dia taw.uhuhuhuhuhu.



p/s :- kojap-kojap lagik aku sambung lagik kat part 2 ea.nak pi makan sat.lapaq sudah.

Tuesday, October 19, 2010

20102010

Assalamualaikum everyone :)


hari neh i hupdate belog okies.sebab saye rajin taw.muahehehehe.hey ana awat hang punya title berdigit-digit bagai neh?nak kena sekeh ka?okies peeps dont ragu-ragu with my title okies.sebabnya sebabnya sebabnya.....apa punya sebab dey minachi? SEBAB ESOK ADALAH 20102010 LAAAA...apa???




ESOK 20/10/2010



ape?tak paham jugak ke??


TARIKH ESOK ADALAH 20 haribulan 10 tahun 2010





da paham ke?kalo dah paham bagus ler..idak ler saye dok mengulang cakap yg same.penat taw mak.nyah neh pown satu laaa.mak hantar gi tadika masa kecik-kecik dulu tak nak.idak laa kamu jadik sampei macam ni nyah oitttt...



SO WHAT????



ko nak nikah ke esok cik ana oit.tak pown ko nak betunang.tak pown ko nak declare couple sok.ishhh pekehei kamu neh dok tak pown tak pown sampai bebanyak kali bila nak habis menaip kalo gaya macam neh.by the way there is nothing special pown tomorrow gonna be happens.



BUT


tomorrow i have an interview....
never say gud luck to me this time because LUCK never be on my side
just pray for me
i'll do my very best
insyaallah

Monday, October 18, 2010

KALAU LAA DOREMON TU JADIK BOYFRIEND PELIHARAAN SAYA...

Assalamualaikum kekanak ribena semua :)


semalam tak hupdate semalm lagik satu pon tak hupdate.apa kes neh sayang?you dah lupakan i ke?ok ini intro yg agak gedik.i loike laa.muahahahaha.back to the topics.i just wondering if doremon was in reality.best giler waa cakap kat luu.nak jer aku jadikkan dia boyfriend peliharaan aku yang terhormat.200% jaminan akan mendapat full attention and a box full with love from me my dear bb doremon.nak taw tak kenapa?sebab awak boleh bagik apa yg bf lain tak boley bagik,i means your magical pocket.



your magical pocket can brings happiness and magical to my life.SEBAB i nak sangat undo to my past.betolkan apa2 yg patot.banyak taw nak betolkan.then kita p tengok my future life plak.mana-mana tak puas hati atau sakit hati boleh adjust.


then, i ingat i nak pinjam sekejap ur helikopter yang pasang kat atas kepala tu.SEBAB i malas nak pakai kereta,jalan jem taw tak,kalo jalan kaki nanti lambat sampai dah tu kaki i melecet.tak nak laa i macam tu.u tak kesian kat i ke? (mata harus bling2 gedik untuk tagih simpati)


pastu kan i nak jugak laa pinjam mesin yang buat awan tu.SEBAB i nak buat rumah atas awan,tak payah bayar cukai pintu kan.hehehehe.i rasa kalo kita dok atas awan lagik romantik kan sebab nobody will disturb us except aeroplane.so we have to make our own territory.LOVE ZONE.boley bukak love hotel yg macam kat jepun tu.astaghfirullah hal azim.tak nak laa kita nak bukak rumah untuk anak2 terbuang kat atas sana tu.spread them with love biar sampai lemas.


lagik satu i nak laaa pinjam u punyer pintu suka hati.SEBAB i nak p melancong.jimat duit flight and hotel.disebabkan namanya pintu suka hati jadinya suka hati i laa i nak buat apa pown.kalo tetiba termasuk dalam bilik edward cullen boleh jugak bermesra-mesra.ye tak?tetttt.....


kalau laaaa.................haish berangan je kan aku neh.bersyukur saja dengan nikmat kurniaan ALLAH.in life neh we have to learn from mistakes and try to be the very best.there were no one else to change yourself ecept u yourself.





p/s :- entry di atas adalah entry bosan-bosan menyampah nak tido tapi mata takmaw lelap,penggunaan kosa kata dan grammar adalah HANCUSSS! TAPI KAN TETIBA SAYA RASA SAYA NAK HIDUP DI ALAM FANTASI SEBAB SAYA NAK HAPPY-HAPPY AND AT THE END "THEY LIVE HAPPILY EVER AFTER" sweetkan kan kan kan kan?


Friday, October 15, 2010

MENUJU KE AKHIRAT

Assalamualaikum :)

entry neh sekadar renungan kita bersama sebagai umat Islam.kiamat semakin hampir yang pasti tapi cukup sudahkah amalan kita sebagai khalifah di muka bumi neh.jadi marilah kita bersama-sama mengambil iktibar disamping meningkatkan amalan menuju ke akhirat kelak.amin.credit to muka buku.

Barisan pertama :
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan kedua
:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ketiga :
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keempat :
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan kelima :
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan keenam :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ketujuh
:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan kelapan :
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan kesembilan
:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan kesepuluh
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan kesebelas
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan kedua belas
:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya ?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin ?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi ?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik ?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit ?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal ?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wednesday, October 13, 2010

HER BIG DAY

Assalamualaikum :)

ok peeps this is my second entry for today.aku neh short term memory so kena laa type laju-laju entry ni masa otak masih ligat nak membuahkan idea.YES TODAY IS HER BIG DAY.to my dear sister AYUNI.she's 13 years old today.selamat masuk alam remaja.actually she is my cousin but we are very close.masa kecik-kecik dulu and till now kot dia and her siblings selalu dok dengan mak aku.and they call my mom "ibu",sama macam aku juga.masa kecik- kecik dulu juga kami semua panggil dia adik sebab dia laa paling kecik tapi sekarang no more adik adik lagik sebab we have new adik aka DAMIA.sori yer yunie.awak tu da tak bole nak ngada-ngada macam dulu lagik.muahahaha (gelak jahat).

ok laaa...kakak wish u luck n all the best for your exam, jangan malas nak study nanti nyesal asik nak ikot pungkoq aku ja.hahahaha.


AYUNI aka BESDAY GIRL
HAPPY BIRTHDAY MY SISTA

p/s :- kalo hang baca belog aku neh jangan nak mintak any present from aku ea.aku tgh pokai.muahahaha.

MUET!!!!

Assalamualaikum :)


zasssssssss....hooorey i just finish my speaking paper.hoorey!!!patotnya tak bole sgt kot aku nak bergumbira macam neh as 3 more paper will follow next month.tapi tak kira tak kira tetap nak enjoy.my group just tree of us tadi. me,radhi (dip in architecture) and muslina (asasi sains at UITM). guess what?we were the last group to present.ceit.habis 2.15 pm tadi it only takes half an hour tapi dah 3jam kot aku tercongok kat situ.aku apa lagik nerves nak mampus sampai tetiba aku blank and tak taw nak cakap pe.tapi nasib baik everything run smoothly till the end.yang tak boley blah the judges asik senyum sajok kat aku.tak mebawa makna apa apa pon ok sebab dia pompuan and pangkat mak aku gitu.nak ja aku cakap kat dia bagik markah lebih taw kat saya.saya taw madam suka saya kan.hehehehehe.gamba???ala tak sempat nak snap laa.camera dah memang stand by dalam beg tapi lupa plak, maklom aku kan darah gemuruh...cewaaaaah.


p/s :- i met new frenz.owh hati sungguh gembira walopon aku neh dah pangkat kakak kakak dah.huhuhuhuuhu

Monday, October 11, 2010

PERKOSAAN VISUAL

Assalamualaikum :)



gudnite uolls.cepat betol masa neh berlari kan.rasa macam nak berak pown tak dan dah orang kedah kata.muahahahaha,amat pengotor yer saya neh.ok semua nampak tak bawah header saya tu dah ada iklan kan.hahahahaha.syiok gila mak rasa nyah taw dak.apa lagik tolong klik yer bila singgah kat blog saya neh.kita harus saling bantu-membantu.bak kata pepatah yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.tak sia-sia aku belajar bm sungguh-sungguh time spm dulu kan,hehehehe.okies back to the title, hangpa rasa tekejut dak? kalo tak terkejut pown seram-seram sejuk pown jadik laa.tetiba aku rasa tahap ketakutan dengan cermin semakin memuncak pulak.segala hormone dah over discretes neh.


aku nak pesan sikit neh beware dengan public mirror.maksudnya mirror yang kat public area tu.alaaa kan ke banyak toilet awam tu, yang tu laa.kaum hawa terutamanya harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan cermin. aku taw kalo gegurlz dah jumpa cermin macam isi dengan kuku laa waa cakap lu. siap berposing bagai camwhore lagik. aku taw laa peel hampa sebab aku kan pompuan jugak. xkan laki nak buat macam tu kot.ada la jugak laki yang macam tu tapi sikit ja laa kalo nak compare to gegurlz. ye dok?


orang panggil cermin neh cermin 2 arah.sebabnya bila hampa dok bediri depan cermin tu orang yang disebalik or belakang cermin tu boleh nampak hampa tapi hampa tak nampak pown dia.alaa macam kat bilik soal siasat polis tu. sangat dangerous kan cermin dua arah neh.bahaya bahaya!!!!disebabkan benda neh sangat serius dan wajib dipandang serius kita haruslah sentiasa memeriksa cermin.okies abaikan penggunaan kata yang agak melankolik.


cara nak check either that is cermin dua arah or not hampa kena LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku hampa di atas permukaan cermin. kalau ada jarak (gap) antara kuku hampa dan bayangan kuku hampa di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi,kalau kuku hampa terus menyentuh bayangan kuku hampa di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali hampa tengok cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan hampa dari "PERKOSAAN VISUAL" !


p/s :- pakat-pakat laa kita jaga cermin lepas neh noh.

Sunday, October 10, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YANG TELAH DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM DAN SENARAI YANG TELAH DI TARIK BALIK

Tolong sebarkan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


p/s:- renung-renungkan dan selamat menjamu selera. nowadays kita memang wajib kena beware dengan makanan yang kita makan. make sure tempat yang kita pilih untuk makan tu betul-betul diiktirafkan HALAL dari JAKIM. kalo tak nauzubillah min zalik, sebabnya setiap yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita.

Thursday, October 7, 2010

MASHED POTATO

Assalamualaikum :)

patotnya neh entry semalam.tapi hari neh baru nak update.malas der.hahahaa.semalam aku tetibe nak termengidam mashed potato yang ala-ala kepci(kfc) tuh.so berkelenting keletung laa kat dapor tu.neh first time i try buat menjadi taw tak, thanx tu cik googles bagik resepi.hehehe.


MASHED POTATO

Bahan A

3-4 biji kentang
3-4 sb susu segar
garam
blackpepper


Bahan B

600 ml air
bawang besar( i guna separuh je)
blackpapper
2-3 sb butter
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
kicap pekat
5 sb stock ayam
sedikit tepung gandum dilarutkan dalam air

CARA-CARA

Bahan A

rebus ubi kentang sehinga korang rasa nanti bila nak lenyek dia besi lenyek tu takkan patah.i rebus ubi tu dengan garam.bila dah empuk toskan ubi tu and prepare untuk di lenyek sehingga hancur tapi kalo tak hancur jugak guna laa blender tu.then campurkan sedikit susu segar dalam 3-4 sudu besar(sesedap hati anda yer).pastu adds on blackpepper sikit jer taw bersesuaian dengan kuantiti ubi dan sesedap mulut anda.kemudian masukkan sedikit garam (better rasa dulu sebab i x tambah garam pown sebab i dah rebus ubi tu dengan garam,so rasa dia dah ado masin)

Bahan B (gravy)

masukkan 600ml air ke dalam periuk bersama bawang besar yang dah dicincang lumat dan stock ayam.i guna stock ayam brand knorr tu dalam 5 sudu besar.pastu renihkan dalam min.after that toskan sebab kita tak nak amek bawang tu,kemdian masukkan semula air renihan tadi dalam periuk.panaskan semula and masukkan butter, sos tiram,sos tomato, dan kicap pekat(kicap neh masukkan sampai jadik kaler yang korang nak tuh).then masukkan tepung gandum yang dilarutkan dalam air tu,makesure tapis kalo tak dia berketul-ketul.masukkan ikot tahap kepekatan yang korang nak.lastly adds on blackpepeper.jgn banyak sangat sebab kat Bahan A tadi pown dah masukkan,takot pedas pulak.ok dah siap and ready to eat....sonang jer kan


I'M 20 YO

Assalamualiakum peeps :)

Cuba tengok tajok kat atas tu. yer jgn terkejut tak pown buat-buat terkejut. yess i'm now already TWENTY. okies heppy belated birthday to myself. huhuhuhuhuhu. by the way dah lama kot aku tak hupdate blog neh, dah siap bersawang berawan-awangan lagik taw. si tam spider pown dah menjadi penyewa kat blog aku neh. hurm aku away from blogging for some reason and i'm back again. alaaa dulu berblogging pown sekadar hangat-hangat tahi ayam giteuww jer. sekarang as i turn TWENTY, aku nak AKTIF BERBLOGGING!!! haaaa sudah jangan nak gelakkan aku neh azam umur dopoloh tahun taw tak.

ok my birthday party for this year tak lah sehebat tahun lepas. sebabnya tahun neh sambut with my beloved family. just makan-makan among us. kek pown nan ado taw. huhuhuhu tapi xper aku bukannya minat sangat pown kek tu. ibu asik tanyer nak hadiah aper. agaknya dia da lupo ko dia baru bagik aku sebijik mr.viva. haish ibu cukop-cukoplaa manjakan anak mu sorang neh. nanti semakin tepu lemak dibadannya iteww. ok to all yg wish via muka buku yg xsayang kedit tapi lebey sayang aku neh terima kasih sebab uolls still ingat besday aku. i love uolls ketat-ketat la macam neh.
ok i huv some wish list for TWENTY YEARS BIRTHDAY. dan ianya agak tidak logik dan tidak masuk akal.aper??nak tahu jugak??haish mana boley....BIARLAH RAHSIA






p/s : i got letter from _ _ _.yeay amat gumbira.sebenarnya tak tawu nak describe macam mana feeling on that time.tangan agak menggeletar jugak masa nak bukak that letter.pray for me.hopefully i get it and everything run smoothly.aminnn..