Wednesday, November 17, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Assalamualaikum :)

entry kali nih sekadar nak kongsi ilmu yang aku dapat dan sangat2 bermanfaat untuk kita semua sebagai umat islam.FYI juga entry ini juga mungkin akan memberi kesedaran kepada kita semua walau mungkin tak banyak mana pun dan mungkin juga menjadi petunjuk kepada kita untuk membuat persediaan menghadapi KIAMAT yang hampir tiba.nauzubillah.hati tersentak dan sangat insaf membaca entry berkenaan HARI KIAMAT.meremang bulu roma.kiamat memang sangat2 hampir dengan kita.tapi kebanyakan dari kita juga tidak menyedarinya termasuklah aku.ALLAHUAKBAR.


TANDA - TANDA KIAMAT



Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1. Asap

2. Dajjal

3. Binatang melata di bumi

4. Terbitnya matahari sebelah barat

5. Turunnya Nabi Isa A.S

6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7. Gerhana di timur

8. Gerhana di barat

9. Gerhana di jazirah Arab

10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."





p/s :- terima kasih encek google untuk info ini.

Tuesday, November 16, 2010

HAPPY EID UL ADHA

Assalamualaikum :)


whasssup uolls??ok teman2 ini sebenarnya entry semalam.kenapa entry semalam?usah gusar kerana entry telah siap di taip semalam tetapi saya tertidur kerana eksaited nak raya.hehehe.dan sebenarnya jugak saya telah yakin bahawa saya telah mempublish entry ini dengan jayanya tanpa memeriksa terlebey dahulu.tapi siapa tahu kan kuasa tuhan,saya sebenarnya tertidur tanpa publish terlebih dahulu entry ini.saya baru terperasan akan hal ini sebentar tadi ketika perut saya sedang memulas-mulas kerana banyak makan lembu dan kerbau dan juga ayam yang telah merelakan diri masing2 untuk dikorbankan secara beramai.owhhh perhatian mereka tidak membunuh diri sebenarnya.sekian untuk intro.


raya korban tahun ini mungkin sedikit hambar memandangkan banijr baru sahaja melabuhkan tirainya.ewah2 kau ingat anugerah skrin ke nak melabuhkan tirai bagai?tapi takpe adanya hot fm ianya tetap akan hangat seperti biasa.owh uols esok adalah HARI RAYA KORBAN.kepada kambing2, lembu2 dan kerbau2 sekalian diharap bersabar untuk disembelih esok.eeeeeh belog aku hewan pun baca taw.bajet top laaa an an an??cessss.


okies jum layan pic yang tak seberapa.orang tak mahir buat keje memang la macam pekejadah ko lukis neh.tapi just zasssss layannnnn jer....




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Saturday, November 13, 2010

BANJIR PART 1

Assalamualaikum :)

hellewww uolsss...dah lama xhupdate belog.away for a while sebab banjir ler.ari neh baru sempat nak update.banjir dah surut pon rumah pon dah cuci.tapi barang jer xbawak turun lagik sebab ada ura2 yg there will be second wave nak banjir.adoyai.takpe2 maybe ada hikmah semua neh.

umah tok aku stat naik air masa ari selasa bersamaan 2 nov rasanya and air dah surut masa 7 nov tu.penat giler taw nak bersihkan rumah.lumpur tak yah cakap la tebal nak mampos.dengan kudrat yang ada telah di gunakan sebaik mungkin.hahaha.the best part time banjir neh aku dah merasa laa naik rakit.hahahahah.alaa main depan umah jer.rakit tu cousin aku yang laki tu buat guna papan yang alas katil tu dengan botol2 kosong.tapi gambar nan ado ler sebab tak dok sapo nak amek gampar sebab semua pon sebok nak naik rakit.huhuhuhu

masa banjir tu jugak family aku n tok wan n family makteh stay kat umah pak ngah aku.tapi the worst part is rumah dia pon banjir laa.tapi tak laa terok sampai masok umah.within a day air kat umah dia dah surut.dia main cak cak je tu.heleh.ok laa malas sudah nak bebel jum lyan pic banjir sambil dengar lagu banjir.layannnnn.zasssss. ^_________^



semua letak kereta kat jalan besar depan

pokok depan umah yang akhirnya tenggelam sampai tak nampak apa2 lagik


kalo lalu cni hati-hati sebab itu adalah sungai

keadaan dalam umah tak sampai sejam pon,rasanya dalam 3 jam rumah full with air

pic kat atas semua masa first day.second day air dalam umah dah sampai pinggang kat luar sampai dada.nak snap pic mmg tak sempat laa sebab aku pemalas.huhuhuhu.second day baru weall kuar masa first day tu just hantar tok ngan wan jer.ok itulah cerita banjir saya.sekian.






p/s :- all pic credit to my cousin.

Monday, November 1, 2010

BANJIR

Assalamualaikum and helllllllllooooo :)


owwww emmm geeee BANJIR DATANG LAGI!!!!dush dush dush.after 5 years it comes again.last 5 years kalo kamooo ingat lagik negeri- negeri di sebelah utara telah dilanda banjir yang amat dahsattt.ingat lagi tak??around DEC 2005 i thought.


ujan dah 2 days non stop neh.aktvt lepaking di taman tergendala buat seketika.huhuhuhuhu.FYI jugak sungai kat depan rumah tok aku neh dah sampai tebing dah.confirm lagik sejam dua lagik penoh laa jalan tu dengan air dan manusia2 yang sebok menyelamatkan kenderaan masing2 sambil bergosip.hahahaha.aku kat rumah baru sebok nak kemas barang.


tadi tengok BULETIN UTAMA certain place kat perlis dah tenggelam same as condition dekat area KUBANG PASU and JITRA.dah ada yang kena pindah.aku dekat rumah neh tengah stand by je laaa.STAND BY TENGOK AIR JE BUKANNYA KEMAS BARANG KE APA KE POWN.haish jap gi kalo air tetiba je air sungai mencurah-curah ke ladang gandum habislaaa....
pandai-pandai hg laaaa noh.


acelly aku sangat2 tak suka dengan banjir neh tapi kita mana bole lawan kuasa tuhan ye tak?nak tak nak kena jugak terima dengan hati yang tulus ikhlas sebab DIA nak uji kita dan yang pasti ada rahmat di sebalik semua musibah yang terjadi.ok nanti aku update lagik yer keadaan semasa.



p/s :- aku tak suka banjir sebab aku takot air dalam2 and keruh.buatnya ada buaya ke ulor ke.huish mintak simpang ler....